Boleh mengambil makanan manis ! – merupakan berita gembira bagi mereka yang mengalami diabetes. Namun begitu, ia tidak bererti anda boleh mengambil gula sesuka hati. Kebanyakan makanan manis mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi walaupun saiznya kecil. Selain itu, kebanyakan hidangan manis juga mengandungi lemak dan tinggi kalori berbanding buah-buahan atau makanan berkarbohidrat yang lain. Dengan ini, stevia digunakan dengan meluas untuk menggantikan penggunaan gula.
Stevia adalah pemanis dan pengganti gula yang diekstrak daripada daun spesies tumbuhan Stevia rebaudiana. Tumbuhan ini dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa. Ia mengandungi 300 kali lebih manis berbanding gula.
Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.